Selalu kita mendengar orang tua berkata, ‘tulah makan coklat banyak lagi, kan dah berlubang gigi.’ Itu adalah salah satu juga jika gigi tidak diberus dengan sempurna dan menyebabkan pembiakan bakteria dicelah-celah gigi. Tetapi yang lebih tertekan apabila gigi berlubang tersebut menjadi punca mulut berbau.
Bagaimana gigi berlubang terbentuk?
Plak gigi adalah lapisan biofilm yang lembut dan tidak berwarna. Ia mengandungi pelbagai jenis bakteria yang terbentuk dipermukaan gigi, dicelah-celah gigi dan lidah. Bakteria ini melakukan penghadaman gula dari makanan atau minuman dan membentuk asid.
Asid ini menguraikan enamel gigi iaitu lapisan gigi secara perlahan. Oleh yabg demikian, gigi akan semakin nipis dan bermulalah pereputan. Lubang kecil atau besar akan terbentuk dari kesan pereputan yang dinamakan kaviti atau gigi berlubang. Jika ia berterusan, ia akan menyebabkan keradangan pada gusi dan ia akan mudah bengkak dan berdarah. Punca yang lagi ketara adalah apabila nafas menjadi busuk atau halitosis apabila plak gigi bercampur dengan makanan yang melekat pada gigi.
Masalah bau mulut boleh menjadi masalah yang mengganggu dan mempengaruhi kepercayaan diri seseorang. Gigi berlubang adalah salah satu punca utama bau mulut. Ia adalah disebabkan oleh pengikisan enamel gigi dihakis dimana pertumbuhan dan pembiakan bakteria plak gigi.
Masalah bau mulut atau halitosis boleh menjadi seseorang kurang berkeyakinan dan menjadi introvert. Ia memberi imej yang tidak menarik dan menyebabkan individu tersebut malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Ia adalah masalah yang serius dimana perlu diambil berat dan harus dirawat secepat mungkin.
Apakah rawatan atau cara-cara untuk mengatasi gigi berlubang?
Untuk mengatasi bau mulut akibat berlubang, perawatan gigi yang teratur amatlah penting.
- Pastikan memberus gigi dua atau tiga kali sehari.
- Gunalah ubat gigi yang dapat merencatkan pembiakan bakteria didalam mulut anda dan ‘remineralise’ gigi anda seperti ubat gigi Mismis® Cocoa Mint Premium.
- Apabila memberus gigi, gunakanlah berus gigi yang lembut atau medium yang boleh memberus di celah-celah gigi yang sukar dicapai. Interdental berus gigi juga bagus jika ada.
- Kerap menggunakan floss selepas makan atau memberus gigi.
- Hindari makanan dan minuman yang boleh memburukkan keadaan gigi tersebut seperti air karbonat atau manis.
- Selain itu, boleh mengunyah pudina ‘chewing gum’ tanpa gula kerana ia dapat membantu merangsangkan produksi air liur. Oleh yang demikian, is boleh membantu membersihkan bakteri di dalam mulut dan mengurangkan bau mulut.
- Jadualkan temujanji bersama doktor gigi setiap 6 bulan atau jika plak gigi semakin tebal, pastikan berjumpa doktor untuk rawatan pembersihan. Janganlah tunggu sehingga plak menebal. Doktor gigi juga dapant melakukan rawatan tambahan seperti penampakan gigi atau cabutan gigi yang sudah berlubang dan tidak lagi dapat diselamatkan.
Kesimpulannya, gigi berlubang punca mulut berbau. Rawatan gigi yang teratur, kurangkan makanan dan minuman yang memburukkan keadaan gigi, dan selalulah berkunjung doktor gigi jika ada masalah bau mulut yang berterusan. Jangan biarkan masalah bau mulut menganggu aktiviti harian dan keyakinan anda. Hanya anda sahaja dapat melakukan tindakan yang tepat bagi kesihatan gigi dan mulut anda.