Mohammad Aizuddin, Senior Executive Mismis bergambar bersama Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.
PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah komited dalam memperkukuhkan penjenamaan dan promosi produk Malaysia, serta memantapkan kedudukannya sebagai satu kuasa di pasaran antarabangsa melalui Karnival Barangan Malaysia 2023. KPDN telah berjaya menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 yang telah berlangsung dari 13 hingga 17 Disember 2023 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre and IOI City Mall, Putrajaya.
Penyertaan MISMIS®
Acara tahunan ini telah menjadi satu platform penting kepada peniaga Malaysia untuk mempamerkan produk mereka, mengembangkan jalinan, dan berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik yang berpotensi, dan seterusnya mengetengahkan produk mereka kepada rakyat Malaysia. MISMIS® telah diberikan peluang menyertai acara ini. Maklumbalas dari pengunjung sangat memberangsangkan dan ia memberi pilihan kepada mereka untuk memilih produk yang berasaskan koko dengan bahan semulajadi.
Karnival Barangan Malaysia 2023 ini akan melibatkan lebih 100 pempamer merangkumi pelbagai produk, dari seni tradisional hingga inovasi moden. MISMIS® adalah salah satu produk penjagaan gigi selain beberapa produk penjagaan gigi tempatan yang juga telah menyertai acara ini.
Pengunjung berpeluang untuk meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia, dan ini adalah peluang yang baik bagi pengguna untuk menemui produk-produk baru, disamping menyokong perniagaan produk tempatan, serta berbangga dengan warisan negara
Impak Produk Malaysia
KBM 2023 yang telah berlangsung selama 5 hari tersebut amat memberi impak yang memberangsangkan kepada produk-produk tempatan. Ia memberi peluang untuk usahawan mempamerkan produk kualiti dan inovasi produk Malaysia.
Dengan adanya acara ini, ia dapat membantu mempromosikan produk tempatan Malaysia dimana ia bukan sahaja mempunyai kualiti bertaraf dunia, tetapi juga mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara. Melalui peningkatkan pengiktirafan dan penjenamaan di peringkat global, produk Malaysia dapat menjadi duta bagi budaya dan warisan negara. Untuk maklumat lanjut sila layari di sini.
MISMIS® adalah produk 100% tempatan dan adalah produk kajian dari kolaborasi bersama Lembaga Koko Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang produk MISMIS® , sila layari kedai online kami.