Make It Smile

Search
Close this search box.

Cara Mengatasi Bau Mulut Semasa Berpuasa

Cara Mengatasi Bau Mulut Semasa Berpuasa

Berpuasa adalah salah satu amalan penting didalam agama Islam. Semasa berpuasa, seseorang dilarang makan dan minum dari fajar hingga maghrib. Oleh kerana itu, berpuasa akan menyebabkan mulut menjadi kering dan bau mulut semakin ketara. Untuk mengatasi masalah ini, berikut adalah beberapa cara mengatasi bau mulut semasa berpuasa yang dapat dilakukan untuk menjaga kesegarannya.

Menjaga Kebersihan Gigi dan Lidah

Pertama sekali, apa yang harus dilakukan adalah menjaga kebersihan gigi dan lidah. Pastikan memberus gigi setelah sahur dan sebelum tidur pada waktu malam. Selain itu, jangan lupa juga untuk membersihkan lidah menggunakan pengikis lidah atau berus gigi dengan lembut. Kotoran pada lidah dapat menyumbangkan kepada pembiakaan bakteria penyebab bau mulut.

Menggunakan Ubat Kumur

Ubat kumur adalah pilihan yang baik untuk membantu menjaga kesegaran nafas sepanjang hari. Pilihlah ubat kumur yang mengandungi bahan semulajadi dapat menghindari dari mulut kering semasa berpuasa. Pastikan juga berkumur selepas selesai makan.

Minum Banyak Air

Untuk menjaga mulut supaya lembap dan segar, minumlah air kosong yang cukup. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Kekurangan air dalam tubuh dapat menyebabkan mulut menjadi kering dan mengurangan produksi air liur, sehingga ia menyebabkan bau mulut.

Hindari Makanan yang Menyebabkan Bau Mulut

Terdapat beberapa makanan seperti bawang putih, bawang merah, dan petai dapat menyebabkan bau mulut yang kuat. Oleh kerana demikian, hindarilah makanan tersebut selama bulan puasa. Pilihlah makanan yang rendah lemak dan tinggi serat, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein yang rendah lemak.

Kudapan Segar

Untuk mengatasi bau mulut semasa berpuasa, cubalah mengunyah peppermint atau pudina. Keduanya-duanya dapat membantu meningkatkan produksi air liur, yang dapat menjaga mulut tetap lembab dan segar. Jika tidak suka dengan peppermint atau pudina cobalah mengunyah sebatang kayu manis. Ya, kayu manis :).

Menggunakan Lemon 

Lemon mengandungi asam sitrat ‘citric acid’ yang dapat membantu membunuh bakteri penyebab bau mulut. Caranya cukup mudah, titiskan sedikit air lemon ke dalam segelas air dan minum.

Mencuci Mulut dengan Air Garam

Air garam adalah rawatan tradisional yang efektif untuk membantu mengatasi bau mulut semasa berpuasa. Cukup campurkan satu sudu teh garam dalam satu cawam air panas dan gunakanlah untuk berkumur.

Kesimpulannya, menjaga kesegaran nafas semasa berpuasa dapat dilakukan dengan cara-cara yang sederhana. Terdapat banyak lagi cara mengatasi bau mulut semasa berpuasa tetapi apapun, yang penting memberus gigi setiap hari, ‘flossing’ dan menggunakan ubat kumur adalah asas bagi penjagaan gigi. Tetapi, jangan lupa, kunjungi doktor gigi 6 bulan sekali.

Anda tidak tahu apa hadiah yang sesuai untuk hari puasa ini? Berikanlah hadiah “Ramadan Gift Box’ untuk kesegaran mulut untuk orang yang tersayang atau rakan anda.

Share:

More Posts

Karnival Barangan Malaysia

Karnival Barangan Malaysia

Mohammad Aizuddin, Senior Executive Mismis bergambar bersama Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin. PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara

Mismis Hygiene Smile Program

MISMIS® Hygiene Smile Program

Seremban: MISMIS® Smile Hygiene Program telah diadakan pada 18 November 2023 di Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan. Ini adalah acara MISMIS® julung kalinya, semenjak 

Mismis Beli Barangan Malaysia

Ekspo Kasih Madani

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sempena Ekspo KASIH MADANI melalui Program Jualan RAHMAH yang menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih dengan

Send Us A Message