BAGI mereka yang gemar membeli belah, acara jualan tahunan 12.12 sudah tentu menjadi pilihan memandangkan ia sinonim dengan tawaran harga yang murah.
Apatah lagi sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara, ramai memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja.
Pandemik juga menyaksikan peralihan trend pengguna yang mula membeli barangan jenama tempatan berbanding produk luar.
Tinjauan Harian Metro menerusi platform e-dagang dan media sosial mendapati sambutan orang ramai terhadap produk tempatan terus meningkat.
Selain harga ditawarkan berpatutan, rata-rata pengguna berpuas hati dengan produk tempatan yang dikatakan setanding jenama antarabangsa.
Tidak terkecuali, produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mencuri tumpuan ramai.
Berikut 10 pilihan produk penjagaan diri dan kecantikan keluaran PKS yang harus anda miliki.
1. Produk penjagaan gigi – MISMIS
Biarpun perlu bersaing dengan jenama sedia ada dalam pasaran, ubat gigi jenama MISMIS tidak kurang hebatnya kerana ia terkenal dengan keistimewaan tersendiri.
MISMIS bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi.
Ia juga telah memperoleh sijil HALAL dan Good Manufacturing Practice – GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Maka tidak hairan jika kualiti ubat gigi MISMIS setanding jenama ubat gigi terkenal yang lain.
Shopee: www.shopee.com.my/mismis.os
Facebook: www.facebook.com/mismistoothpaste
Laman web: www.mismis.com.my
Sumber : Harian Metro