FREE 30g tube of Mismis® toothpaste. Click here.

Program Jualan Produk R&D Tempatan di MOSTI

Local R&D Product Sales Program 26 May 2023

Tahun Pengkomersialan Malaysia/Malaysia Commercialisation Year (MCY) merupakan platform bagi membantu golongan penyelidik, inovator dan usahawan tempatan melonjakkan pengkomersialan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Sejak tahun 2016 sehingga kini, pelbagai program bantuan/intervensi telah dijalankan di bawah platform MCY,  seperti sesi bimbingan, latihan, pitching, pendanaan dan penyertaan dalam pameran bagi meningkatkan aktiviti pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D tempatan.  Sekretariat MCY telah menganjurkan Program Jualan Produk R&D Tempatan yang bertujuan untuk membantu mempromosikan produk-produk tersebut pada:

      Tarikh

:

26 Mei 2023 (Jumaat)

      Masa

:

11.00 pagi – 2.30 petang

      Tempat

:

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Lobi, Aras 1, Blok C4, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 PUTRAJAYA

Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd , pengeluar MISMIS® telah di jemput untuk menyertai program ini bersama-sama beberapa syarikat yang berasaskan teknologi. MISMIS® memperkenalkan pelbagai produk-produk produk penjagaan gigi semulajadi yang berasaskan polifenol koko tanin yang merencatkan pembiakan bakteria. Rangkaian produk MISMIS® terdiri daripada ubat gigi dewasa dan kanak-kanak, ubat kumur, berus gigi dan pek kembara. NFA Technologies Sdn Bhd adalah syarikat dibawah ekosistem MTDC.

Local R&D Product Sales Program 26 May 2023
Local R&D Product Sales Program 26 May 2023
Local R&D Product Sales Program 26 May 2023

Share:

More Posts

MISMIS participated in MIHAS 2023 in MITEC

MIHAS 2023: A Successful Story

NFA Technologies Sdn Bhd participated in MIHAS 2023 last week, a prestigious event that took place from the 12th to the 15th of September 2023.

Send Us A Message