MISMIS ORAL CARE AKAN TEMBUSI PASARAN BRUNEI, INDIA DAN ASIA BARAT TAHUN DEPAN

BANGI, 24 Okt — Rangkaian produk Mismis Oral Care, yang dikomersialkan berdasarkan teknologi yang dibangunkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM), akan menembusi pasaran baharu iaitu Brunei, India dan Asia Barat pada tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus berkata kejayaan pembangunan produk Mismis Oral Care itu membuktikan teknologi LKM […]