Make It Smile

Search
Close this search box.

MISMIS ORAL CARE AKAN TEMBUSI PASARAN BRUNEI, INDIA DAN ASIA BARAT TAHUN DEPAN

Mismis® Extra Cool Mint Natural Toothpaste I 85g & 200g
Mismis® Extra Cool Mint Natural Toothpaste I 85g & 200g
Mismis® Extra Cool Mint Natural Toothpaste I 85g & 200g

BANGI, 24 Okt — Rangkaian produk Mismis Oral Care, yang dikomersialkan berdasarkan teknologi yang dibangunkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM), akan menembusi pasaran baharu iaitu Brunei, India dan Asia Barat pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus berkata kejayaan pembangunan produk Mismis Oral Care itu membuktikan teknologi LKM yang bertaraf dunia.

“LKM membangunkan teknologi menghasilkan ubat gigi daripada koko manakala MTDC membantu memindahkan teknologi tersebut kepada usahawan untuk dikomersialkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rangkaian Mismis Oral Care di sini hari ini.

Rangkaian produk Mismis Oral Care yang dilancarkan hari ini adalah ubat gigi perisa koko dan cengkih untuk dewasa, ubat gigi berperisa coklat pudina untuk dewasa serta ubat gigi perisa coklat dan ‘bubble gum’ untuk kanak-kanak.

Pengeluar Mismis Oral Care ialah NFA Technologies Sdn Bhd yang merupakan penerima dana pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan daripada MTDC untuk mengkomersialkan teknologi ubat gigi daripada koko.

Norhalim berkata pembangunan Mismis Oral Care penting kerana ia merupakan kejayaan teknologi yang dibangunkan oleh LKM dan berjaya dipindahkan kepada usahawan tempatan untuk dikomersialkan di pasaran antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Urusan NFA Technologies Noormawarni Nordin berkata produk Mismis Oral Care pada masa ini boleh didapati di klinik pergigian di seluruh negara, Watsons online, Shopee dan Lazada.

Pada akhir tahun ini, katanya Mismis Oral Care akan memasuki pasar raya Tesco di seluruh negara. — BERNAMA

Share:

More Posts

Karnival Barangan Malaysia

Karnival Barangan Malaysia

Mohammad Aizuddin, Senior Executive Mismis bergambar bersama Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin. PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara

Mismis Hygiene Smile Program

MISMIS® Hygiene Smile Program

Seremban: MISMIS® Smile Hygiene Program telah diadakan pada 18 November 2023 di Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan. Ini adalah acara MISMIS® julung kalinya, semenjak 

Mismis Beli Barangan Malaysia

Ekspo Kasih Madani

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sempena Ekspo KASIH MADANI melalui Program Jualan RAHMAH yang menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih dengan

Send Us A Message