Walaupun Berwajah Baru, MISMIS Tetap Berikan Kesegaran Berpanjangan dari Alam Semulajadi Buat Tersayang. | Assalamualaikum. Jenama MISMIS semakin mendapat tempat dihati pengguna rangkaian produk penjagaan gigi setaraf dengan jenama rangkaian produk penjagaan gigi ternama di negara kita. Keistimewaan rangkaian produk penjagaan oral MISMIS ialah ia dihasilkan dari bahan semulajadi tempatan di negara kita. Salah satunya ialah koko. Menarik kan? Marsha kali pertama mencuba jenama produk penjagaan gigi tempatan, MISMIS kerana tertarik dengan ramuan dari buah koko yang digunakan.

Pembungkusan Baharu MISMIS Masihkan Kekalkan Kualiti Terbaik Penjagaan Oral 

Baru-baru ini, Produk penjagaan gigi Mismis telah memperkenalkan pembungkusan baharu untuk 2 produk mereka iaitu ubat kumur Minty Leaf & Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’. Pembungkusan baharu 2 produk ini nampaknya lebih menarik dan Marsha tengok pun mudah tertarik.

#1 Ubat Kumur Minty Leaf

Biasa kalau sebut je ubat kumur, kita automatik akan terfikir ubat kumur yang rasa pedas dan rasa pudina. Berbeza dengan ubat kumur Minty Leaf. Ubat kumur ini lebih menyegarkan, tidak rasa pedas, diperkaya dengan sumber alam semulajadi dan bahan aktif terpilih iaitu polifenol- tannin dari koko yang terbukti keberkesanannya membunuh merencatkan membentukan bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi.

Selain itu, ia juga dapat melegakan masalah mulut kering, di mana apabila korang tidak akan mengeluarkan air liur yang mencukupi dan menjadi punca ketidakselesaan. Pembungkusan baharu Mismis Minty Leaf menekankan bahan utama yang digunakan iaitu koko dan juga pudina segar. Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut korang dan mengurangkan bau mulut atau halitosis. Ianya tidak mengandungi alkohol, dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. Harga pasaran bagi 250ml adalah RM12.90.

Ubat Kumur Minty Leaf

#2 Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’

Comel kan pembungkusan baharu Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’? Pada waktu yang samaMismis juga telah memperkenalkan pembungkusan produk terbaharu kanak-kanak iaitu Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’. Ia mengandungi 2 perisa ubat gigi Just for Kids iaitu Chocolata, Bubble Gummy dan juga mengandungi  berus gigi kanak-kanak. 

Jadi korang sebagai ibubapa yang masih tercari-cari produk ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak, Marsha suggestkan Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’ kepada anak korang yang mengandungi bahan 99.9% semula jadi, tanpa paraben, tanpa flourida dan juga tanpa SLS/SLES dan harganya amat berpatutan iaitu RM18.90. Ia juga sesuai bagi kanak-kanak yang mempunyai 1 batang gigi.

Tentang NFA Technologies 

Menarikkan idea penghasilan rangkaian produk penjagaan gigi dari buah koko? Lagi menarik pula ia dihasilkan oleh syarikat tempatan, NFA Technologies. Jom kita tengok lebih mendalam tentang NFA Technologies.

NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. 

Syarikat ini menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. Memang menarik sangat!

Rangkaian Produk Penjagaan Gigi Jenama MISMIS Kini Berada di Seluruh Negara dan Juga di Pasaran  Brunei

Demi untuk mengukuhkan kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei. Usaha untuk mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS melalui sosial media dan banyak lagi. 

Nampaknya usaha pengiklanan yang dilakukan oleh pihak NFA Technologies sangat berkesan dan kini ia meniti di bibir seluruh rakyat Malaysia dan Brunei. Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Dijamin HALAL & Mempunyai Sijil GMP

Jangan risau korang, jenama MISMIS telah memiliki Sijil Halal dan ia juga memiliki Sijil Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Bermakna ia adalah rangkaian produk yang halal dan sangat berkualiti. 

Rangkaian Produk Penjagaan Gigi MISMIS yang Lain

Selain dari ubat kumur Minty Leaf dan Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just for Kids’, MISMIS juga mempunyai rangkain produk yang lain. Jadi korang boleh pilih yang mana menjadi pilihan.

Dapatkan Produk MISMIS di Mana?

Korang boleh dapatkan produk penjagaan gigi MISMIS boleh di AEON, Lotus, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. Mismis juga boleh didapati secara dalam talian melalui Shopee, Big2 Bazaar, Watson, Ourshop, Lazada, Eromman dan di semua online e-commerce.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/ atau hubungi +60 192415004.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk penjagaan gigi MISMIS, korang boleh rujuk maklumat dibawah ok.

Sumber : Marshaliza.com Blog

We use cookies to improve your experience on our website. By browsing this website, you agree to use of cookies by this website.
Accept More info