Make It Smile

Search
Close this search box.

Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 di Lotus Cheras

Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 telah menjadi platform yang menarik perhatian ramai pengguna Malaysia. Ia dapat  mengukuhkan dan menghargai produk tempatan. Produk menjagaan gigi MISMIS® juga turut menyertai 3 hari kempen ini . Acara ini berlangsung di Lotus, Cheras. Dengan adanya acara ini, ia dapat mendorong pertumbuhan produk tempatan dan memberi  mendedahan jenama kepada pengguna.

Di Rasmikan oleh Timbalan Pengarah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup 

Pelancaran kempen ini telah di rasmikan oleh  YB Senator Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Kempen ini merupakan inisiatif yang sangat penting untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kepada produk Malaysia. MISMIS®, yang dikenali kerana produk menjagaan gigi yang berkualiti tinggi, adalah salah satu contoh kejayaan produk tempatan yang berkembang pesat. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen MISMIS® berkolaborasi bersama Lembaga Koko Malaysia dan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan terpilih tempatan yang memberikan manfaat kesihatan gigi yang optimum.

Kehadiran MISMIS® di Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 di Lotus, Cheras, telah memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenal pasti produk tempatan yang berkualiti tinggi. Pelawat yang datang ke booth Mismis turut diberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk mereka dan manfaatnya dalam menjaga kesihatan gigi.

Selain itu, kempen ini turut memaparkan nilai-nilai sokongan kepada industri tempatan dan menggalakkan pengguna untuk memberi keutamaan kepada produk Malaysia. Ini adalah langkah yang amat penting dalam memajukan ekonomi tempatan dan memperkukuhkan identiti negara.

Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 di Lotus, Cheras, telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mempromosikan produk tempatan. Kejayaan MISMIS® sebagai peserta adalah satu pencapaian besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mendukung usaha-usaha untuk menghargai serta memilih produk Malaysia. 2 skus iaitu Ubat Gigi Semulajadi Ekstrak Pudina Segar MISMIS® dan Ubat Gigi Premium Semulajadi MISMIS® boleh didapati di Lotus di seluruh Malaysia

Semoga usaha ini akan memberi dorongan yang berterusan untuk memartabatkan dan memberi sokongan kepada produk Malaysia, sambil memberikan peluang kepada pengeluar seperti MISMIS® untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran tempatan dan antarabangsa. 

Untuk maklumat lanjut tentang MISMIS®, klik disini.

Share:

More Posts

Karnival Barangan Malaysia

Karnival Barangan Malaysia

Mohammad Aizuddin, Senior Executive Mismis bergambar bersama Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin. PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara

Mismis Hygiene Smile Program

MISMIS® Hygiene Smile Program

Seremban: MISMIS® Smile Hygiene Program telah diadakan pada 18 November 2023 di Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan. Ini adalah acara MISMIS® julung kalinya, semenjak 

Send Us A Message